About Us

The World Advertising Sdn Bhd telah ditubuhkan pada April 2012 yang mempunyai keistimewaan untuk membuat Papan Tanda, Percetakan Kain Rentang, Percetakan Baju dan sebagainya. The World Advertising juga telah mempunyai pelbagai projek yang membabitkan syarikatnya dengan projek bersama JKR, Majlis Daerah Kuala Selangor, Hospital-hospital dan sebagainya. Syarikat ini juga banyak membabitkan diri dengan projek-projek percetakan di bawah sekolah-sekolah di kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sungai Besar dan sebagainya. 

The World Advertising hanyalah menggunakan bahan-bahan yang mempunyai kualiti dan spesifikasi yang terbaik. Hal ini kerana, Syarikat kami hanya menginginkan produk yang sentiasa terbaik yang keluar dari kami. Syarikat The World Advertising juga telah mencipta nama tersendiri di dalam Negeri Selangor. Syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai papan tanda dan pengiklanan kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukannya dalam keadaan baik dan berkualiti.